Senarai Semak Merancang Majlis Perkahwinan 6 Bulan Sebelum Majlis


Merancang majlis perkahwinan memang rumit bagi yang tak pernah ada pengalaman. Jadi, perlu ada senarai semak agar tiada apa yang terlepas pandang atau tertinggal.

Memang perlu senarai semak nie. Bagi mengelakkan perselisihan faham dikemudian hari.

Merancang majlis perkahwinan memang rumit bagi yang tak pernah ada pengalaman. Jadi, perlu ada senarai semak agar tiada apa yang terlepas pandang atau tertinggal.

Memang perlu senarai semak nie. Bagi mengelakkan perselisihan faham dikemudian hari.

Senarai semak bagi 6  bulan sebelum majlis.

1. Perbincangan bersama pasangan dan juga keluarga bagi menentukan tarikh untuk melangsungkan majlis. Ada juga pasangan yang lebih awal dari ini dalam menentukan tarikh. Lagi awal lagi bagus sebab ia melibatkan dua keluarga.

2. Perbincangan tentang BAJET. Samaada berbincang dengan pasangan ataupun keluarga. Sebaiknya kita perlu melibatkan keluarga kerana mereka lebih berpengalaman.

3. Penentuan lokasi majlis. Di rumah, dewan ataupun di taman.

4. Ikuti kursus kahwin. Wajib bagi pasangan bakal pengantin di Malaysia.

5. Konsep majlis perkahwinan.

6. Dah boleh mula melakukan survey pakej-pakej perkahwinan dan kalau ada yang sesuai dengan bajet, tempah terus. Seelok-eloknya buat tempahan awal bagi khidmat seperti Katering, andaman, pelamin, kad kahwin, jurufoto, make up artis, kanopi atau dewan dan lain2.

7. Beli barang hantaran secara beransur-ansur. Kalau memang dah cukup bajet, beli terus semua semasa musim jualan murah. Dapatla berjimat sikit.

8. Banyak membaca tentang perihal berumah tangga bagi persediaan mental dan fizikal.

9. Rancang destinasi berbulan madu. Tempah awal pun boleh membantu anda berjimat.

10. Buat pembahagian tugas. Kalau majlis gabungan (sebelah lelaki + sebelah perempuan), pembahagian tugas perlu lebih teliti bagi mengelakkan ketidakpuasan hati di kemudian hari nanti.

Iklan:
Inginkan Photographer & Videographer untuk majlis perkahwinan anda, boleh Contact Kami di ArrayProduction untuk sebarang pertanyaan !